Remaja Biadap, Permainkan Seluruh Rakyat Malaysia & Keluarga MH370

Remaja Biadap, Permainkan Seluruh Rakyat Malaysia & Keluarga MH370 | Biadap...itulah yang berlaku kepada seorang remaja di dalam twitter yang mempermainkan insiden MH370 untuk publisiti murahan. 


Sebelum ini, tweet dan whatsapp sedih yang ditulis Jasmine Johari pasti membuatkan ramai yang berasa sebak dan mengalirkan air mata. 


Namun, apa yang lagi menyedihkan ialah printscreen whatsapp dan tweet tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata! Dia bukan sahaja menipu Neelofa, Aaron Aziz, Aznil Nawawi, malah seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Beliau juga turut mempermainkan nama Allah! 


Pemilik akaun tersebut turut menggunakan nama dan gambar palsu!

Kini, akaun Jasmine Johari telah ditutup oleh Twitter. Tidak cukup sampai disitu, remaja tersebut membuka pula akaun @jasminjohari1 yang kononnya bertujuan untuk memohon maaf.