Pas kecam keputusan Mahkamah Mesir

MARANG - Pas mengecam keputusan Mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwanul Muslimin, termasuk Mursyid Am Ikhwan, Dr Mohammad Badie.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan hukuman itu sebagai antara tindakan mendadak secara keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin.



Menurutnya, kes itu melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden, dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh yang menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.

“Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwanul Muslimin, sebuah organisasi politik yang mendukung dan menyertai pilihan raya dalam sistem demokrasi di Mesir.

“Kami menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri,” katanya.

Katanya, Pas turut mengutuk perancangan tersebut.

"Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara seangkatan kita di Mesir. Inilah realiti cabaran kita. Gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat. Insiden ini jika tidak ditangani sewajarnya, boleh berkembang menjadi krisis lebih besar dan berterusan, termasuk ke peringkat antarabangsa.

"Terusan Suez di Mesir merupakan antara laluan utama perkapalan dunia. Jika krisis dalaman boleh mengganggu perjalanan kapal, sudah tentu keperluan utama seperti makanan dan minyak tersekat, seterusnya memberi impak terhadap pasaran dunia,” katanya.

[GEMPAR] PASANGAN SUAMI ISTERI INI TAHU LOKASI JATUHNYA MH370 MELALUI SOLAT TAHAJJUD

Jika benar maka hilanglah semua spekulasi dan teori konspirasi



Bogor – Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru pesawat itu.

Pasangan suami isteri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52)di Bogor, Indonesia turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka dapat.

“Ya kita hanya memberikan maklumat, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa,” ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nombor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Ahad (16/3/2014).

Menurut Fajar maklumat yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47’47.90″ Longitud Timur 105 darjah 13’39.59″ Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.

Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan maklumat terkait kedudukan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang isteri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan kru pesawat nahas tersebut.

Winarti menyatakan memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal ghaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti.

Fajar menuturkan, pada hari Khamis (13/3/2014) siang, selesai melaksanakan solat Zuhur, Winarti memohon doa agar dapat diberi petunjuk mengenai kedudukan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Tiba-tiba muncul sosok seorang lelaki dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti. “Mungkin co-pilot atau siapa, yang jelas pakai seragam,” tuturnya.

Lelaki itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam.

Pesawat yang tiba-tiba kehilangan kuasa secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan kru kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar ketika pesawat mula jatuh ke laut.

“Pesawatnya utuh, tidak meledak, tidak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan terpasang,” ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan keadaan pesawat di dasar laut.

Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kerusi masing-masing, dengan tali pinggang masih terpasang. Ia mengaku ketika diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang terbunuh.

Terlebih lagi si lelaki berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil.

“Dia kirim salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun,” tambahnya.

Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumaat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan solat Tahajud.

Winarti meyatakan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama ketika melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeza yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah.

Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat nahas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh.

“Makanya badan pesawat itu menghadap timur,” ujar Fajar.

Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut.

Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu.

“Ya mungkin maksudnya, apa yang tidak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga tidak tahu artinya,” ujarnya Sempat Melapor ke Danlanud

Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat diketemukan dan keluarga korban boleh lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan.

Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan maklumat yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan maklumat tersebut untuk menemukan pesawat tersebut.

“Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konsult Jenderal di Ho Chi Minh City) melalui sms,” katanya.

Selain itu ia juga sempat melaporkan kesebuah stesyen television swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah seorang penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justeru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa.

Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan.

Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal ghaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan isterinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk bersama-sama membantu.

“Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil maklumat yang didapat itu benar. Saya dan isteri juga pernah mendapat maklumat soal kedudukan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar-benar terbukti,”ujarnya. -alihbahasa dari tribunnews oleh GB

ULASAN

Jika benar seperti yang dinyakan, maka kita meminta semua pihak terutama ahli keluarga mangsa yang terlibat agar redha menerimanya.

p/s. sekurang-kurangnya “cara”nya lebih baik dan lebih mulia dari cara Raja Bomoh di Malaysia. Dia tidak menggunakan apa-apa ritual, hanya berbekalkan solat tahajjud. Tidak menggunakan teropong dan bubu, tidak menggunakan buah kelapa, tidak juga tikar terbang…. pun bomoh tuh belum dapat bagitahu apa-apa hasil dari “ritual”nya itu.

Hanya satu persoalan jika apa yang disampaikan itu benar iaitu: kuasa pesawat itu dikatakan tiba-tiba mati total! - Sumber

Warga Malaysia ‘Diberi’ Makan Babi Di Nepal

Warga Malaysia ‘Diberi’ Makan Babi Di Nepal - SEORANG ibu muda pasti tidak terfikir apabila tindakannya melarikan diri ke Nepal mengikut suaminya akan menyebabkan hidupnya menderita sepanjang empat tahun di sana dan ketika kini dia mahu pulang ke Malaysia.

Itulah derita yang kini dilalui oleh ibu muda warganegara Malaysia Nur Sri Rahayu Marimon, 24 tahun, yang kini tinggal di Nepal bersama dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Arab Saudi sejak tiga tahun lepas.
Dia yang dikenali sebagai Ayu kini terpaksa bekerja memecah batu di Nepal untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan wang tetapi ia dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak mencukupi kepadanya dan anak-anak.
Lebih menyayat hati, cucunya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur nasi yang dimasak bersama dengan daging babi. Jika si kecil enggan memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu.
Warga Malaysia ‘Diberi’ Makan Babi Di Nepal
Kira-Kira setahun lepas, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun, menerima panggilan daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.
Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.
Ayu dan suaminya itu berkahwin sebelum itu di Thailand dan kemudiannya mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir di Malaysia dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal.
Kini, Ayu merayu untu dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tertahan hidup dalam keadaan sebegitu sehingga terpaksa memakan babi apabila disuruh oleh ibu mertuanya.
Marimon hadir bertemu dengan wartawan Mynewshub.my memaklumkan beliau telah menghubungi Wisma Putra untuk tujuan itu dan pihak Kementerian Luar sudah pun menghubungi kerajaan Nepal bertanyakan tentang keadaan anaknya.
“Menurut pegawai di Kementerian Luar, tiada masalah untuk membawa Ayu pulang kerana lokasi tempat tinggalnya sudah dikenal pasti tetapi Ayu dikatakan sudah tinggal di Nepal melebihi tempoh masa yang dibenarkan tanpa visa.
“Pegawai itu berkata denda kerana kesalahan Ayu itu sudah mencecah RM32,000 dan jumlah keseluruhan termasuk tiket pulang ialah kira-kira RM35,000,” katanya kepada Mynewshub.my.
Marimon dan isterinya Jaliah Tamin, 52 tahun, seorang rakyat Malaysia tidak mampu untuk meraih wang sebanyak itu untuk membawa Ayu pulang ke Malaysia.
Ayah Ayu, yang sebelum ini bekerja kerja-kerja buruh kini sudah menghidapi kencing manis dan sudah kurang bekerja untuk menyara keluarga.
“Saya kalau hendak uruskan tambang balik tiada masalah, ini apabila dijelaskan termasuk denda mencecah jumlah sebegitu saya tidak mampu,” katanya.
Kes ini sudah pun diserahkan kepada Biro Pengaduan Awam Kelab Putera 1 Malaysia yang dikelolakan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tindakan lanjut membantu keluarga itu.
Pihak biro ketika ini masih meyiasat kes berkenaan.
Orang ramai juga jika mahu membantu Marimon boleh tampil untuk membantu membawa pulang Ayu ke Malaysia.

MH370: Pakar IT India dakwa temui imej satelit kemungkinan pesawat yang hilang

NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.



Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.

Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.

Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.

"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.

"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.

"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbanag berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.

Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

Pesawat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama  239 penumpang dan anak kapal hilang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada 8 Mac. Penyiasat memberitahu bahawa ia sengaja dilencongkan daripada laluanya.

26 negara kini membantu untuk mengesan pesawat berkenaan selepas satelit dan  data radar tentera meramalkan ia mungkin terbang melalui dua koridor yang besar.

Koridor utara terbentang dari utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Data satelit mencadangkan bahawa 'ping' terakhir, istilah yang digunakan untuk menjelaskan penghantaran data dalam bentuk isyarat pendek kepada satelit, diterima daripada pesawat berkenaan di sekitar Lautan Hindi. - Bernama

MH370: Haron Din Pertahankan Kerajaan, MAS

KUALA LUMPUR – Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mempertahankan kerajaan dan  Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menegaskan bahawa mereka melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Kenyataan Haron itu dibuat susulan kritikan melulu oleh Naib Presiden PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan dalam menangani tragedi yang berlarutan sejak 11 hari lalu.

“Ada kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Yang memikul tugas ini adalah kerajaan dan saya secara jujur mengatakan kerajaan telah melakukan segalanya,” katanya kepada Antarapos.



Pesawat Boeing 777-200ER yang sedang dalam penerbangan ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 12.41 pagi, 8 Mac lalu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.Anwar dan Mahfuz memperlekehkan usaha kerajaan dalam menangani krisis itu dalam ceramah-ceramah mereka sempena pilihan raya kecil Kajang.

“Negara dalam krisis yang mereka dah tak mampu tangani. Tak kan DUN Kajang ini kita nak bagi kepada BN. Kalau bagi kepada BN, dengan tuan-tuan sekali kena culik, kena rampas,” kata Mahfuz dalam ceramah di Stadium Kajang semalam.

Pihak berkuasa Malaysia menyelaraskan gerakan mencari merentasi benua, membabitkan 24 negara dengan aset ketenteraan mereka, namun masih menemui jalan buntu.

Haron kemudiannya menasihatkan rakyat negara ini khususnya keluarga penumpang penerbangan itu menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.“Tetapi segala-galanya itu masih lagi ada persoalan, segala yang terdaya oleh kita dalam menghadapi suasana tempat, masa dan keadaan yang kesemuanya kita rujuk kepada alam kebendaan.

“Kita tidak pernah terfikir apakah mungkin alam ini hanya ada alam benda atau nyata? Ada alam dunia sahajakah atau ada alam lain?,” katanya.

Justeru pengamal perubatan Islam ini tidak menolak sekiranya pesawat tersebut ‘termasuk’ ke alam lain.“Saya sekadar bertanya adakah kita lupa atau tak mahu mengambil kira alam ghaib dari maksud perlu ada kemampuan serta kebolehan untuk kita menembusi, mencari dan mengenali alam ghaib.

“Ini hanya berlaku apabila alam nyata tidak dapat menjawab bila alam yang kita lihat dengan mata tidak dapat menjawab, mungkin alam ghaib boleh menjawabnya” katanya.Menurut Haron, banyak persoalan timbul ekoran kehilangan pesawat itu yang secara tiba-tiba hilang daripada radar selain gagal dihubungi, lapor Antarapos.“Hilang daripada pandangan, besar kemungkinan ia termasuk ke dalam alam ghaib” katanya.

Jurucakap kerajaan Malaysia sahkan pesawat MH370 dirampas, lapor AP

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas, menurut laporan agensi AP.

AP melaporkan seorang jurucakap kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap 'konklusif'.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.



Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.

Sementara itu, AFP memetik seorang pegawai kanan tentera Malaysia sebagai berkata, penyiasat percaya pesawat itu dirampas dan dipandu oleh seorang yang "mahir, cekap" yang memandunya beberapa jam.

"Ia mesti seorang yang mahir, cekap dan seorang juruterbang semasa," kata pegawai itu.

"Dia tahu bagaimana untuk mengelakkan radar awam. Dia nampaknya sudah mengkaji bagaimana untuk mengelakkan radar,” katanya.

Bagaimanapun, akhbar British The Daily Telegraph melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, menafikan pesawat itu dirampas.

"Ia belum sah. Saya mengetuai siasatan ini dan tiada siapa yang mengatakannya. Ia tidak benar. Kami meninjau  pelbagai kemungkinan, kita melihat semua kemungkinan. Kami melakukan profil setiap penumpang dan anak kapal tetapi tidak ada bukti yang sahih setakat ini," katanya kepada Telegraph.

Perkembangan baru mengejutkan ini datang selepas seminggu operasi mencari dan menyelamat besar-besaran kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing.

Sementara itu, Bloomberg melaporkan pesawat yang hilang itu dikesan ke Lautan Hindi di luar pantai Australia, memetik kenyataan seorang penganalisis.

Menurut laporan itu, laluan dari Malaysia ke laut di luar pantai Australia akan melalui perjalanan sejauh 3,000 batu - jarak maksimum MH370 boleh diterbangkan dengan bahan api yang ada.

Bloomberg juga melaporkan penyiasat mendapati seseorang di dalam kokpit MH370 memprogramkan pesawat itu untuk berpaling dari jalan asalnya ke Beijing, kata sumber daripada kerajaan Amerika Syarikat yang biasa dengan penyiasatan itu.

Laporan itu memetik jurucakap Awam Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Australia, Peter Gibson, sebagai berkata dia tidak sedar maklumat baru yang meletakkan MH370 berhampiran Perth.

Bagaimanapun, katanya, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia mempunyai bidang kuasa untuk membuat penggeledahan jika maklumat itu benar.

Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar dijangka diadakan pada jam 1.30 petang ni di Hotel Sama-Sama, KLIA selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga penumpang pesawat MH370.

Difahamkan, Najib hanya akan membacakan satu kenyataan dan tidak akan menjawab sebarang soalan daripada media, lapor Sinar Harian Online.

The Star Online melaporkan, sebahagian ahli keluarga di Hotel The Everly Putrajaya mula berkumpul di depan dua televisyen di lobi hotel dan kelihatan gelisah tetapi kebanyakannya masih mampu mengawal perasaan. – 15 Mac, 2014.

Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu – Raja Bomoh

Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.



Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.

“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya.

“Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. 

Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.
“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.

Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya.

“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.

Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.

“Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.

“Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.

Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang.

MH370 'hilang' kerana kuasa tuhan

SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.

Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.

Segala teknologi dan peralatan canggih  dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan..

"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.

"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.

"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.




"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.

"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.

Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.

"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.

"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.

Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002.

Raja bomoh dakwa pesawat MH370 'tergantung' antara tiga negara


Raja bomoh dakwa pesawat MH370 'tergantung' antara tiga negara

SEPANG - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar 
seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.

Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.

Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.

Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.

Ihsan Akhbar Tempatan

DIARI SEORANG SUAMI BERGAJI RM3,000

30hb, suami dapat gaji RM3,000.00 & terus buat internet banking bayar bil:
Bil air RM30.00
Duit rumah RM700.00
Duit kereta RM700.00
Bil telefon suami & isteri RM200.00
Bil elektrik RM170.00
Ansuran motor RM150.00
Yuran tuisyen anak RM150.00

Serta menukarkan RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak² bagi tempoh sebulan.

Lalu berbekalkan duit baki RM750.00 balik ke rumah, jemput isteri dari tempat kerja & terus disambut dengan isteri satu soalan:

"Hari ini hari gaji abang kan?? Jom pergi beli barang dapur, banyak dah habis, sambil tu boleh bawa bebudak makan luarlah. Malam ni, I tak laratlah nak masak. Bebudak pun esok hari sabtu cutikan?"

Suami mengangguk lemah, terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah, disambut pula dengan anak yang bongsu, "Ayah, cikgu adik cakap hari isnin, cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru."

Isteri spontan menyampuk "Minta kat ayah. Ayah baru dapat gaji"

Sambil anak yang sulung pula mencelah, "Ayah, kakak pun nak duit RM30.00. Hari isnin nak beli buku rujukan, dah dekat nak  peperiksaan ni.

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulung. Kemudi,an bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut 
dengan bil makan berjumlah RM50.00.

Setelah itu, langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 untuk barang kering dan RM50.00 untuk barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Keesokkannya, pagi sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50. Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00.

Sampai di jalan TAR, si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga RM15.00, minta dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar. Kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula, nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. Isteri pun selamba kata

"Bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diorang yang baru ni, murah jer RM15.00".

Suami keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak. 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar. Minta singgah di kedai makan untuk makan malam. Si ayah kesiankan dengan rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. 

Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM188.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM180.00.

Malamnya pula, beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta.

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang sama ada sampai atau tidak?

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu, isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan tidak ada modal. Lalu isteri menjawab dengan sinis,

"Kalau ajak balik kampung saya jer, takde duit. Kalau ajak balik kampung saya jer, abang kata takde duit. Mana pergi duit gaji abang selama ni? Takkanlah seminggu gaji dah tak berduit? Abang ada perempuan lain ke?"

Terpinga pinga suami nak dijawab, jadi perang. Nak diceritakan yang sebenar, nanti disalahkan balik.

Itulah nasib seorang suami.